Tuesday, June 17, 2008

Reka Cipta Litar Elektronik

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

saya mereka blog untuk mencerita tentang penghasilan litar2 elektronik yang simple untuk direka cipta.. membuat circuit board amat mencabar dan juga memerlukan kesabaran dalam menghasilkan litar tersebut.. bagi saya semua itu amat mudah sekiranya minat anda mendalam dalam menghasilkan sesuatu projek elektronik..

saya berminat dalam mereka sejak dibangku sek menegah..minat itu berterusan hingga ke hari ini.. ada jugak membuat diy sendiri litar dengan mengubah suai litar kepada aplikasi yang lain..

sekiranya ada yang berminat untuk tempah litar untuk projek sekolah atau pusat pengajian tinggi boleh menghantar email ke speedy_7282@yahoo.com. atau boleh call 0143212095 (hafriz). Harga bergantung kepada litar yang ditempah..

buat masa sekarang saya ada beberapa litar seperti litar siren, litar timer, litar pengesan suhu, bekalan kuasa,litar sensor, litar infra-red, dark on relay dan ada dalam pembinaan lagi..

contoh skematik litar2:



Litar Bekalan Kuasa











Senarai komponen :
1 unit Transformer = 240V kepada 12V (step down)
4 Diod = IN4001 / IN 4002 / IN 4007
Kapasitor C1 = 4700uF, 25V
C2 = 4.7uF, 25V
IC Regulator = 7806 untuk output 6v /
7809 untuk output 9V / 7812 untuk output 12V.

Bekalan merupakan satu komponen yang amat penting bagi memberi bekalan kuasa kepada litar-litar elektronik.. output bekalan kuasa bergantung kepada ic regulator. Sekiranya anda mempunya alat pengubah/transformer 12V tetapi litar yang menggunakan bekalan masukan ialah 9V maka anda perlu menggunakan ic 7809 bagi mengeluarkan 9V pada output..penerus yang paling sesuai ialah jenis tetimbang. Penerus menukarkan arus ulang alik ( a.c ) kepada arus terus ( d.c ). Penapis/ kapasitor digunakan untuk menstabilkan voltan. Regulator merupakan komponen yang akan convert voltan kepada voltan yang lebih rendah dari voltan masukan

Litar Pengesan Haba/Suhu

Litar ini menggunakan 1 ic 741. Litar ini berfungsi untuk mengesan panas/haba. Satu komponen iaitu NTC digunakan untuk mengesan haba/kepanasan sesuatu bahan..VR digunakan bagi melaraskan tahap yang boleh dikesan oleh NTC bagi memberi amaran kepada pengguna dengan bunyi yang dikeluarkan oleh buzzer..

Senarai komponen:
Perintang : R1 & R2 = 10KΩ ( coklat-hitam-oren ), R3 = 390Ω (oren-oren-coklat )
LED = L1
Transistor : Q1 = CS3912
Variable Resistor : VR = 2.2K/4.7K/5K jenis preset
NTC = thermistor *negative temperature coefficient(pekali suhu)


Litar Timer / Pemasa



Litar timer menggunakan satu ic timer 555. Apabila suis ditekan sekali
ia akan mengoperasikan sistem geganti/relay
mengikut masa yang dilaraskan pada VR. VR merupakan set kawalan bagi mengubah
masa untuk litar ini beroperasi.. terdapat 2 faktor yang mempengaruhi masa iaitu VR dan kapasitor semakin banyak nilai Farad kapasitor dan nilai VR semakin lama masa bagi geganti/relay "ON". Jika kapasitor 100uF digunakan dengan melarakan full VR masa untuk relay “ON” dalam 10 saat . Suis yang perlu digunakan adalah jenis PUSH-ON-BUTTON

8 comments:

Unknown said...

assalamualaikum..
sy ingin bertanye...tahukah awk pasal litar check harga(bar code price),litar movement gune joystick,litar sensor yang boleh detect halangan di hadapan,litar motor untuk gerakkn tayar (cth cm tayar shopping trolley ataupun tayar wheelchair)...sekiranye boleh sy ingin menempah litar tersebut...sy sdh cbe menghubungi awk tp xdpt ler..
sy harap awk blh memberi maklum balas dengan segera yek di almt email sy nfa_prk@yahoo.com..
wslm...trima ksh

Jamiatul Aspha Mohd Abolah said...

salam .. sy na tnye pasal litar scan barkod mcm kt pasaraye tu .. try search ta dpt .. kalau bole .. na tempah ler .. papehal email sy are_spa91@yahoo.com .. ASAP please ..

Unknown said...

assalmualaikom..sy nk tnye yg sensor haba tu kn gune buzzer..klo nk tukar gune motor (motor kereta dash tu)blh x???sbb dh buat tpi motor x berjalan..tq

Unknown said...

Assalam , kalau transistor Q1 = cs3912 tu xdak . Bleh ganti komponen lain x? Transistor lain?

Unknown said...

boleh bagi detail tentang projek

Unknown said...

Salam.. Bro.. Sy nk diy power suply car invertor.. Tp sy x paham nk bc gmbrajah.. Bleh bg gmbr yg detail.. Tankz to ilmu..

tsyabalqis said...

Saya pon x jmpe transistor jenis tu...

Unknown said...

Boleh bagi detail tentang projek pengesan haba/suhu